Wednesday, June 23, 2010

BAB 8-PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAMDI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Pengenalan

 
 

  • Islam telah tersebar merangkumi sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
  • kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur-Barat menjadi wilayah terbuka kedatangan pedagang serata dunia seawal abad M .
  • Pedagang Islam juga turut terlibat dan berdagang di pelabuhan Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Pattani, dan Brunei, Tanah Melayu – Melaka jadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam. Kemudian diikuti Kedah, Kelantan, Trengganu, Pahang dan Johor..
  • Pertapakan Islam di Tanah Melayu bermula abad ke 14M.
  • Pengaruh dalam politik, ekonomi, dan sosial hanya berlaku dan ketara selepas abd ke 15M – Zaman Melaka.
  • Melaka – Islam jadi teras kehidupan dalam politik, ekonomi, dan sosial.
  • Dilakukan menerusi peluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan, dan kegiatan intelektual.

     
     

    Pengaruh Islam Terhadap Politik

     
     

    Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

     
     

  • Pentadbiran dan Pemerintahan

     
     

    • Ulama sebagai penasihat Sultan:
      • Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf.
      • Kelantan : Tuk Pulau Condong
      • Trengganu: Tuk Pulau Manis
    • Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
      • Gelaran sultan – bayangan Allah di muka bumi
      • Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang.
      • Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada Dewa.
      • Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
      • Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari.
      • Ulama jadi penasihat Sultan.
      • Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan
      • Adat istiadat yang membabitkab budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan
      • Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
      • Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan
      • Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt dalam Bani Umaiyah

         
         

  • Perundangan

     
     

    • Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu.
    • Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong
    • Peranan adat:
      • Menjamin keselematan
      • Mengawal pelakuan dalam masyarakat
      • Menentukan hak pewarisan harta
      • Menentukan bidang tugas
      • Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
      • Merapatkan tali persaudaraan

     
     

    • Beza adat pepatih dan temenggong

Temenggong

Pepatih

Diasas Dato Ketemenggongan – Palembang

Dato Pepatih Nan Sebatang – Pagar Ruyung

Negeri lain di Tanah Melayu

Negeri Sembilan dan Utara Melaka

Asas pentadbiran mutlak

Musyawarah

Sultan dilantik – warisan

Dari bawah =pilihan pembesar

Pilihan pasangan terbuka asal patuh hukum Islam

Perkahwinan dari suku berlainan

Sistem nasab cara patrilineal – bapa

Matrilineal – ibu

Warisan harta keutamaan anak lelaki spt faraid

Harta pusaka = perempuan

Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran

Berbentuk pemulihan atau diat / denda

Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki

Menetap rumah perempuan.

 
 

  • Undang-undang bertulis di Melaka
    • Hukum kanun Melaka
    • Undang-undang laut Melaka
  • Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka
    • Sebagai peraturan dan hukuman
    • Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
    • Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
    • Hukum Kanun - Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap pesalah , undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman.l
    • Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah makmum.

 
 

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

 
 

Unsur pengaruh dalam sosiobudaya dapat dilihat dari aspek:-

 
 

  • Pendidikan

     
     

    • Pengaruh Islam terhadap pendidikan
      • 2 jenis pendidikan – formal /tak formal
      • Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
      • Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati
      • Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
      • Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah
      • Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dll.
      • Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
      • Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik

         
         

    • Sistem Pedidikan Agama
      • Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan atasan
      • Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah dan pondok
      • Pendidikan di rumah
        • Bentuk pendidikan tak formal
        • Pendidikan Al-Quran
        • Di rumah Tok Guru
        • Umur 7 hingga 15 tahun
        • Selepas waktu Zohor atau Maghrib
        • Kitab, Muqadam & Al-Quran
        • Bayaran percuma
        • Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara bacaan dalam solat dan perkara wajid

           
           

      • Sistem Pendidikan Pondok
        • Bentuk pendidikan – formal
        • Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
        • Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
        • Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terengganu, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
        • Penekanan Ilmu Agama
        • Guru daripada para pelajar yang lulus
        • Masa panjang hingga 10 tahun
        • Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab, Tauhid, Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
        • Sistem tersusun
        • Pakaian tutup aurat
        • Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

     
     

    • Sistem Pendidikan Madrasah
      • Berdasarkan sukatan pelajaran
      • Secara bilik darjah
      • Ada jadual waktu
      • Ikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan
      • Diawasi oleh mudir, guru besar
      • Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll

         
         

    • Peranan Istana – Pusat Intelektual
      • Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
      • Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
      • Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Islam
      • Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu – ramai tinggal di Melaka
      • Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
      • Mansur Shah berminat tasauf
      • Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
      • Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
      • Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik

     
     

  • Bahasa dan Kesusasteraan

     
     

    • Pengaruh Islam Dalam Bahasa
      • Perkenal tulisan jawi
      • Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan – milik melayu
      • Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
      • Pinjam dari Bahasa Arab spt adat, adil, sultan, syaitan dll
      • Istilah bidang lain tambah spt dalam fiqah, tauhid & tafsir
      • Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa pertuturan harian
      • Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu

         
         

    • Pengaruh Islam Dalam Sastera
      • Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan dalam Bahasa Melayu
      • Hasil saster terpegaruh gaya, tatabahasa & bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
      • Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
      • Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa perantaraan
      • Prosa memperkenalkan cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
      • Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting dan disimpan di istana Melaka
      • Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu Nawas & Hikayat Hassan Damsyik
      • Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku Ampuan Mariam – Terengganu
    • Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
      • Tersebar secara lisan
      • Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat, tumbuhan dan binatang – guna nama binantang
      • Cerita jenaka dan lucu spt Pak Kaduk, Pak Pandir dll
      • Cerita dongeng spt Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah.
      • Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam.
  • Kesenian
    • Pengaruh kesenian Islam
      • Cth Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas spt mihrab, mimbar, telaga, pancuran dan bumbung spt Masjid kg Laut, Kelantan, Masjid Peringgit, masjid Tengkera Melaka.
      • Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat – cth Istana Melaka.
      • Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri.
      • Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Trengganu.
      • Seni khat atau kaligrafi.
      • Tarian dabus , Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali.
      • Tarian Mak Inang – di istana Melaka
      • Nazam bersyair riwayat Nabi sgt terkenal.
      • Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab.
      • Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor.
  • Gaya Hidup – Adat dan Nilai kehidupan.

     
     

    Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi

     
     

  • Perdagangan
  • Penggunaan Mata Wang
  • Percukaian

     
     

    Pasted from <http://afeea-chomel.blogspot.com>

BAB7-ISLAM DI ASIA TENGGARA

 
 

Pengenalan

  1. Kedudukan yang strategik sebab:
    1. Kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur Barat .
    2. Dihubungi dengan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan
    3. Hubungan penting Cina dan India.
    4. Mewujdkan banyak bandar spt: Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei, dan Pattani.
    5. Ada hubungan dengan Mocha, Hormuz, Surat,Goa, Colombo, dan Pantai Coromadel spt Masulipatam dan Pondecherry.- Lautan Hindi. Laut China Selatan – Canton@Amoy.
    6. Faktor mempertemukan pedagang
      1. – angin monsun Barat Daya dan Timur Laut.
      2. – Jalan darat – Jalan Sutera.
  2. Sebelum kemunculan Islam AT menjadi kawasa dagangan Melayu, Arab, China dan India.
  3. Jadi tarikan sebab:- Kekayaan hasilbumi – pertanian, logam, serta hasil hutan.
  4. Apabila Islam berkembang menjadi pusat penyebaran Islam. Sebelum Islam mereka anutui Hindu, Buddha, agama nenek moyang. Menetap di Acheh, Pasai, Perlak, Melaka, Brunei, Gerisik, Trengganu, Pattani dan Makasar.

     
     

    Kedatangan Islam Di Asia Tenggara.

     
     

  5. Teori kedatangan Islam dari:
    1. Semenanjung Arab
    2. India
    3. China.
  6. Teori Semenanjung Arab:
    1. Dikemukakan oleh John Crawford disokong Syed Muhamad Naquib l-Attas. Buktinya:
      1. Aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyataka orang Arab dan Parsi tmempunyai petempatan di Canton pd 300M.
      2. Pedagang Arab dapat kuasai laut dari pelabuhan Iskandariah hingga China. Telah berdagang di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam pada abad 7M.
      3. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama AT sebelum ke China. Jadi tempat menunggu dari angin monsun.
      4. Menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan dan ada urusan jual beli barangan mewah dari China dan India. Perkampungan Islam – Ta Shih di Sumatera Utara pd 650M – catatan China.
      5. Perkahwinan dengan orang tempatan.
      6. Wujud persamaan tulisan kesusasteraan di AT dan Arab. Perkataan arab terdapat dalam tulisan Jawi, Zapin dan dabus.
      7. Pengislaman raja-raja melayu oleh syeikh dari Arab spt dalam Hikayat Raja-Raja Pasai. – Keturunan sufi. Berjaya mengislamkan Merah Silu ( Malik al-Salih. ) Raja Pattani – Phaya Tu Nakpa – diislamkan Syeikh Said
    2. Mengapakah tertarik dengan Islam:
      1. Tertarik dengan nilai Islam yang murni.
      2. Amalan pendakwah Islam mengamalkan nilai Islam yang murni spt
        1. Kejujuran pedagang Islam
        2. Mementingkan kebersihan
        3. Berhemah tinggi.
    3. Catatan tempatan tentang pengislaman Raja-raja Melayu:
      1. Hikayat Raja-Raja Pasai.
      2. Hikayat Merong mahawangsa – Raja Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani
      3. Hikayat Acheh – Syed Abdullah Ariff berusaha kembangkan Islam.
      4. Sejarah Kepulauan Sulu – Sharif Hassan dan Awlia sebar Islam di Sulu.
  7. Teori China: Dkemuka oleh: Emanuel Gadinho : Alasan beliau:
    1. Khan Fo atau Canton menjadi pusat perdagangan Arab sejak abad 9M
    2. Menyebarkan Islam dikalangan peniaga China kemudian sebar ke AT.
    1. SQ Fatimi. Alasan beliau:
      1. Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke AT pada 876M.
      2. Diperkukuhkan dengan adanya batu bersurat Kuala Berang. Wujud Islam di Trengganu. Dijumpai pd 1899M. Isi tulisan tentang hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman zina, hukuman terhadap yang tidak hutang.
    2. Bukti lain:
      1. Penemuan batu nisan bertarikh 1028M di Kg Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang mempunyai ayat al-Quran dan kalimah Arab.
      2. Bukti Islam telah sampai sbelum abad 13M
      3. Dibawa oleh mubaligh Cina menerusi Laut Cina Selatan ke Phang Rang IndoCina dan Pekan Pahang.
      4. Persamaan seni bina China dan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa. Di Melaka bentuk bumbung, atap genting, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap,lantai, dinding, tangga, dan kolam air.
  8. Tori India : Dr\ari Wilayah Gujerat dan Pantai Coromandel.abad 13M Dikemukan oleh:
    1. Snouck Hurgronge.Buktinya:
      1. Hubungan rantau AT dan India sudah lama wujud. Boleh pedagang Islam India sebar Islam ke AT.
      2. Gujerat pelabuhan penting pada zaman Alaudin Khinji di India.
      3. Batu marmar pada batu nesan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di pasai mempunyai ciri-ciri India.
      4. Kewujudan unsur India dan kebudayaan masyarakat.
  9. Kesimpulan sejarawan kedatangan Islam menerusi - Pedagang kemudia oleh para ulama .

     
     

    Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

     
     

    Cara penyebaran:

  10. Perdagangan ( Bagaimana )
    1. Pedagang China, India, dan Arab.
    2. Hubungan dengan pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam, Indo China,Kepulauan Rempah spt Maluku dan Makasar.- Pusat kegiatan manusia dari pelbagai tempat .
    3. Islam menjadi ikutan kerana kemurnian Islam dan tingkah laku pendakwah serta pedagang.
    4. Semangat ingin mendakwah wujudkan perkampungan pedagang Islam .
    5. Pedagang juga membawa para ulama.
    6. Sifat pedagang dan ulama – berhemah, lemah lembut dan mahmudah – sopan santun, ikhlas, dan lemah lembut.
    7. Wujud hubungan baik pedagang dengan penduduk tempatan.- pemerintah tempatan beri kelebihan – beri peluang berdakwah.
    8. Jawatan Syah Bandar beri kepada pedagang Islam krn kejujuran dan amanah.

     
     

  11. Perkahwinan
    1. Melalui prkahwinan biasa dan siasah
    2. Perkahwinan siasah dengan kerabat diraja. Mansur Shah dan Muzaffar Shah berkahwin dengan puteri raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan Jambi. Puteri Raja Melaka dkahwinkan dengan Raja Pahang dan Kedah.
    3. Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang atau ulama Islam dengan penduduk tempatan.

     
     

  12. Pengislaman Raja dan golongan bangsawan.
    1. Pengaruh Raja dan pembesar yang kuat membolehkan rakyat memeluk Islam.
    2. Sebagai cth : Megat Iskandar Shah Melaka, Raja Malik al Salih Pasai

     
     

     
     

     
     

  13. Kelahiran kerajaan Islam
    1. Kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka,Acheh, Demak,Mataram, Sulu dan Mindanoa. Brunei, Pattani, Johor Riau, Champa.
    2. Meluaskan kawasan pengaruhnya – jadi pusat penyebaran Islam .
    3. Melaka sejak abad ke – 15. Tu Perak Bendahara Melaka. Berjaya menawan pesisiran pantai Sumatera Utara, spt Aru, Rokan, Siak, Kampar, dan Inderagiri.
    4. Kerajaan Johor-Riau beruasaha kembalikan keunggulan Kerajaan Melaka – cuba menghalang penyebaran Kristian.
    5. Demak sebarkan Islam ke Jawa dengan menguasai Majapahit, kemudian diikuti Pahang dan Mataram.
    6. Acheh – zaman Iskandar Muda, menjadi kuasa yg kuat.Langkah yang diambil utk halang penyebaran Kristian.
      1. Menaungi kerajaan kecil. Di Sumatera Utara dan negeri-negeri di Tanah Melayu.
      2. Menjadi pusat perdagangan yang penting.
      3. Digelar serambi Mekah.
    7. Pattani – diislamkan pada 1457 – Raja Phaya Tu Nakpa menganut Islam tukar kepada Sultan Mahmud Shah.
      1. Mula Islam sejak abad ke-10 – dengan kedatangan pendakwah dan pedagang Islam
      2. Dilakukan sepenuhnya pd zaman Sultan Muzaffar Shah.
    8. Brunei - pusat perdagangan penting di Borneo. Islammula tersebar pd abad ke – 15 dan 16.
      1. Catatan Cina 977M – Brunai hantar seorang pembesar Pu Ali ke China.
      2. Pendakwah Islam Syariff Ali Mufaqih Muqqadam atau Syarif Berkat.
      3. Tersebar sehingga Sulu dan Mindanoa.
    9. Champa – Bukti keislaman penemuan batu nesan 1039M dan prasasti 1025M yg mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.
  14. Peranan pusat kebudayaan
    1. Pusat kebudayaan telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau, dan Acheh.
    2. Puasat keilmuan dan penyebaran Islam.
    3. Wujud Institusi pendidikan dan gerdik pandai
    4. Zaman Samudera-Pasai – menjadi pusat penterjemahan kitab Arab ke Melayu. Antaranya Kitab al-Dural al-Manzun dihantar oleh Sultan Mansur Shah. Diterjemah oleh Makdun Patakan.
    5. Cerdeik pandai Samudera-Pasai jadi pakar rujuk tentang agama.
    6. Hasil kesusasteraan Zaman Melaka dipengaruhi tulisan Arab spt: Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan Amir Hamzah menjadi bahan bacaan dan semangat menentang mussuh dalam perang.
    7. Acheh – karya puisi spt : Bustanus Salatin – kisahkan sebuah kerajaan, istana kota dan taman-taman.
      1. Ulama yang hasilkan karya pemikiran Islam spt Hamzah al-Fansuri, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Samsudin al-Sumaterani, dan Abdul Rauf Singkel.
      2. Karangan Nuruddin al-Raniri – Syarabul Asyikin, Asranul Ariffin, Puisi – Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pungguk, dan Syair Sidang Fakir.
    8. Johor – pusat kebudayaan pd abad ke-18 spt Thufat al-Nafis dan Peringatan Sejarah Johor. Juga pusat emporium di AT.
  15. Peranan mubaligh.
    1. Syeikh Ismail, Fakir Muhamad, Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani di Pasai ,Melaka – Syeikh Abdul Aziz , Maulana Abu Bakar, dan Maulana Yusuf.
    2. Di Melaka ajar perkara asas secara tidak formal. Bila dah berkembang cara formal. - Masjid, istana dan rumah menjadi tempat pembelajaran.
    3. Institusi awal di pondok, atau pesantren. Acheh – pondok dikenali sbg Dayah.
    4. Lahir tokoh spt: Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin al-Sumaterani.
    5. Acheh jadikan ulama penasihat raja. – 22 ulama ditugaskan di Balai Gadang.
    6. Jawa – Wali Songo ( Wali Sembilan ) – Demak dijadikan pusat pergerakan dakwah Islamiah. Dirikan masjid Agung Demak – markas dakwah.
    7. Cara wali songo berdakwah:
      1. Menimbulkan kesedaran dan tanamkan semangat tentang maksud bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar.
      2. Berusaha hapuskan pengangguran dengan kikis sifat malas.
      3. Elak hidup sevara mewah dan membazir.
  16. Keistimewaan Islam
    1. Mencakpi bidang kehidupan antaranya :
      1. konsep Tuhan yang Maha Esa, atau Tauhid,
      2. Keadilan,
      3. hak individu dan masyarakat,
      4. kehiidupan yang harmoni,
      5. menyanjung akhlak mulia,
      6. konsep kebahagian di dunia dan akhirat.
      7. Islam menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran ini diterima.

     
     

    Pengaruh Islam di Asia Tenggara

     
     

    Sebelum Islam masyarakat AT berpegang pada amalan Hindu, Buddha dan roh nenek moyang. Wujud dalam politik, ekonomi, dan sosial.

    Selepas Isla wujud unsur-unsur baru yg diperkenalkan dan kekal hingga kini yang merangkumi dalam:

     
     

  17. Pemerintahan dan Pentadbiran
    1. Perubahan dalam sistem pemerintahan beraja. Dalam Sistem pentadbiran Islam spt berikut:
      1. Sultan ( Raja ) – Ketua Negara dan Kerajaan
      2. Mufti – penasihat Sultan . Wujud juga jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitul mal, dan penjaga harta wakaf.
      3. Penggunaan gelaran Sultan – kelebihannya:-
        1. kukuhkan kedudukan kerajaan Islam
        2. jamin kewibawaan raja
        3. Setaraf dengan kerajaan Islam lain dan
        4. memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.
      4. Dalam Hukum Kanun Melaka: –
        1. Raja Melaka diberi gelaran Khalifahtul Mukminin ertinya pemimpin orang mukmin.
        2. Perkataan itu tercatat pada wang syiling kerajaan Melayu melaka, Johor, Pahang, Kedah, trengganu dan kelantan.
        3. Gelaran Zillulah fil'Alam – bayangan Allah di dalam alam digunaka juga.
      5. Islam menjadi agama rasmi dalam kerajaan Melaka, Acheh, Brunei.
      6. Penggunaan Konsep Khalifah Allah ialah wakil Allah di bumi. – Harus tunaikan amanah, dan perintah dengan adil serta menerapkan unsur Islam bagi menggantikan konsep dewaraja Hindu. Cth Sultan yang alim :-
        1. Sultan al-Zahir Samudera-Pasai.
        2. Sultan Ali Mughayat Shah – Aceh
        3. Sultan Iskandar Thani – Acheh.
      7. Konsep Sultan :- bermakna kuasa, kewibawaan, atau pemerintah.
      8. Konsep DewaRaja – Raja keturunan tuhan atau penjelmaan tuhan hindu.
      9. Penggunaan nama negeri spt:- Acheh Darus Salam, Nama sultan – Sultan Mansur Shah bermaksud pemerintah yang dibantu Allah. Sultan Mahmud Shah – Sultan terpuji.
      10. Undang-undang Syariah diperkenalkan.
        1. Di Melaka dimasukkan dalam Hukum Kanun Melaka. Diperkenalkan oleh Sultan Muzaffar Shah. Zaman Sultan Alaudin Riayat Shah hukum syariah diamalkan dengan tegas.
        2. Tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana ada undang-undang adat.
        3. Antara aspek syariah yg ada :- jenayah – kecurian, pembunuhan,urusan pernikahan, perniagaan serta pembahagian harta pusaka.
        4. Di Acheh – Kanun yang sama ialah Kanun Mahkota Alam – terangkan tentang
          1. Tanggungjawab raja, catat adat istiadat dan
          2. Peraturan tradisi Acgeh spt Balairung Seri dipimpin Sultan, Balai Majlis Mahkamah Rakyat oleh Kadi Malik al-Adi.
      11. Konsep Jihad. Semangat penentangan terhadap penjajahan. Tokoh agama yang membicarakan Jihad:-
        1. Syeikh Nuruddin al-Raniri,
        2. Abdul Rauf Singkel,
        3. Syeikh Daud Pattani @ Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Pattani :- membolehkan orang melayu belajar agama Islam dan bahasa melayu terutama Jawi.
        4. Maksud Jihad – Menegakkan Islam, Menentang kemiskinan dan capai kehidupan yg sempurna.
  18. Sistem Pendidikan
    1. Sebelum Islam pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan sahaja.
    2. Selepas Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat. Disebarkan melalui:
      1. Istana
      2. Pondok
      3. Pesantren
      4. Madrasah
      5. Surau.
    3. Pusat pendidikan awal Islam:
      1. Kerajaan Perlak di Sumatera Utara – melalui Dayah @ Pondok. Yg terkenak Dayah Bukit Ce Breek pada 9M.
      2. Samudra-Pasai :- Pusat terjemahan karya agama – tempat rujukan kerajaan Islam lain spt Melaka.
    4. Pendidikan Pondok muncul seawal kedatangan dan peluasan Islam di AT.spt di Pattani, Acheh, dan Jawa.
    5. Tempat belajar dan masyarakatnya:-
      1. Pondok – masyarakat tempatan dan pelajar negeri lain : Pattani.
      2. Melaka :- Rumah ulama, masjid dan surau – atidak formal dan masyarakat bawahan, Istana – formal dan golongan bangsawan.
      3. Acheh :- Lebih sistematik. Terdapat peringkat :
        1. rendah ( rangkang )
        2. menengah ( muenasah )
        3. pengajian tinggi. Atau Universiti ( Jamiah Bait Rahman )
        4. Wanita juga digalakkan belajar dan diberi peluang yang sama dengan lelaki baik dalam pemerintahan. Dalam pemerintahan Sultan Safiatudin –
          1. 22 wanita anggotai Majlis Rakyat Acheh drp 73 ahli.
          2. 9 jadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat, terdapat juga
          3. Undang-undang lindungi hak wanita sebagai anak, ibu, tunggal dan isteri.
        5. Digelar serambi mekah.
    6. Peranan Institusi Pendidikan:
      1. Istana :- tempat ulama bicara hukum dengan sultan dan pembesar , juga sampaikan ilmu dan nasihati sultan.
      2. Surau :- tempat belajar al-Quran secara tidak formal dan gurunya ajar tidak tetap.
      3. Madrasah :- sistem pendidikan formal.
      4. Pondok:- pusat pengajian Islam terutama di Pattani dan T melayu. Acheh – Dayah, Jawa – Pesantren.
        1. Subjek yang diajar:- Fikah, Usuludin, Tasauf, hadis dan Tafsir, bahasa pengantar – Melayu dan Arab.
        2. Keperluan asas disediakan oleh pelajar sendiri.
  19. Bahasa dan Kesusasteraan
    1. Pengaruh Islam dapat dikenalpasti melalui:-
      1. Tulisan – Jawi, Angka tulisan jawi,
        1. Ulama tempatan ubah suai huruf Arab bagi perkataan Melayu.
        2. Jadi tulisan rasmi- ambilalih tulisan Palava Dewanagari.
        3. Istilah Arab digunapakai spt Sultan, syukur, masjid, berkat, dan alam.
        4. Lahir juga sasterawan spt Tun Seri Lanang, Shamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.
      2. Bahasa melayu menjadi
        1. Bahasa Lingua Franca.
        2. Bahasa Ilmu
        3. menjadi lebih mantap cth:- cerita panji dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu.
        4. Hasil kesusasteraaan Melayu terpengaruh dengan bentuk, gaya dan tatabahasa Arab. Spt Gurindam, syair, nazam, dan cerita hikayat.. Hasil sastera Arab Parsi yang diterjemah:-
          1. Hikayat Perang Badar
          2. Hikayat Nur Muhamad
          3. Hikayat Bulan Berbelah
          4. Hikayat Nabi Wafat
        5. Penggunaanya dalam bidang banyak bidang – ekonomi,politik, kesusasteraan, lingua franca . Abad ke 17M digunakan sebagai bahasa ersuratan, perhubungan antara wilayah, ilmu pengetahuan, dakwah.
  20. Cara Hidup
    1. Sebelum Islam dipengaruh oleh animisme, hindu dan buddha.Selepas Islam:-
      1. nsur semangat dan keramat beransur hilang.
      2. Cara Islam diasimilasikan – wujud cara berpakaian Islam spt:- bertudung, bersongkok.
      3. Islam jadi Addin – satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
      4. Sistem sosial berubah:-
        1. Tiada kelas – wujud persaudaraan Islam dan persamaan taraf.
        2. Nilai akhlak Islam jadi panduan hidup.
        3. Sifat tolong menolong, hormat menghormati, dan berkerjasama, bersatu padu dan wujud semangat kerjasama.
  21. Kesenian
    1. Kesenian Islam yang meresap:-
      1. Khat – pada batu nesan , bilah mata keris, dan ukiran kayu . Kreativiti masyarakat tempatan batu nesan semakin menarik spt: Batu nesan Sultan al-Malik Ibrahim.
        1. Ditulis dengan ayat al-Quran, selain syair,
        2. Makam Naina Hisham al-Din 1420M, pengaruh seni Arab Parsi.
      2. Seni Bina -
      3. Seni Ukir.
      4. Seni bina spt masjid, surau, rumah kediaman guna kaligrafi arab. Cth Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Brunei.
  22. Ekonomi.
    1. Wujud Baitul Mal- di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Berfungsi sebagai Perbendaharaan Negara dari hasil :-
      1. Zakat dan Sedekah.
      2. Harta milik negara – kekayaan sumber alam spt minyak
      3. Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui istitusi yang ditubuhkan BaitulMal.
    2. Islam galakkan umatnya rajn bekerja dan melarang mengemis.
    3. Nilai jimat cermat, dan menghalang unsur yang bertentangan dengan ekonomi Islam spt Riba, tipu,peras,penindasan.

     
     

     
     


 

Thursday, June 3, 2010

Form 4-Bab 6


BAB6-PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

 
 

 
 

Pengenalan:

Khutbah terakhir Nabi Muhamad menjelaskan aspek berikut:

  1. umat islam mesti bersatu padu
  2. mencintai perdamaian
  3. berpegang teguh jepada agama islam

 
 

Ini kerana selepas kewafatan baginda umat islam menghadapai dugaan besar antaranya:

  1. mendapatkan calon pengganti nabi muhamad.
  2. munculnya individu yangf mengaku nabi
  3. golongan yang tidak membayar zakat
  4. murtad – golongan al riddah.

 
 

Kerajaan Khulafa Al- Rasyidin

Selepas wafat 632M – sistem pemerintahan islam dikenali sebagai khalifah. – dikenali dengan khulafa al rasyidin. Antara khalifahnya:

  1. Abu Bakar Assiddiq – Bani Tamim – 632 M – 634 M
  2. Omar Al Khattab – bani Adi – 634M – 644M
  3. Uthman bin Affan – Bani Umaiyah – 644M – 656M
  4. Ali bin Abu Talib – Bani Hasyim – 5656M – 661M

 
 

Konsep Khalifah:

Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

 
 

Syarat

 
 

  • lelaki yang merdeka
  • beragama islam
  • memiliki pengetahuan islam
  • mematuhi perintah allah
  • sanggup melaksanakan hukum islam
  • bersifat adil dan akhlak yang mulia
  • tubuh badan yang sihat dan sempurna
  • berfikiran cerdas, warak
  • pandai mentadbir.

 
 

Kaedah atau Cara:

  • musyarawarah atau syura ( Syura bermaksud – Permuafakatan atau konsesnsus)
  • cadangan satu nama sahaja
  • pemilihan beberapa calon
  • pencalonan sekelompok masyarakat.
  • Baiah atau lafaz taat setia selepas dilantik jadi khalifah.

 
 

Kepentingan Baiah dan syura:

  • jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi.
  • Pentadbiran kerajaan lancar.

 
 

Tugas Khalifah

Aspek Agama

  • memelihara kedudukan agama serta
  • mentadbir mengikut hukum syariah.
  • menitikberatkan sistem politik, ekonomi, sosial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani.

 
 

 
 

 
 

 
 

Politik:

  • memastikan kelicinan pentadbiran negara.
  • mempertahankan negara islam daripada musuh
  • bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai.
  • ketua negara

 
 

Sosial:

  • menjaga kebajian rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat
  • menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.
  • mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
  • memantapkan sistem perundangan Islam.

 
 

Ekonomi:

  • menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara-baitulmal
  • mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.

 
 

Sumbangan Khulafa Al Rasyidin

Abu Bakar As Siddiq

Lahir 573M – nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana sentiasa meyakini kebenaran nabi saw. Ikhlas, jujur dan setia. Juga digelar penyelamat umat islam.

 
 

  • Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam . Berpunca daripada:
    • Orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al Quran sehingga tidak mahu bayar zakat.
  • Mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar spt Parsi, Rom Timur, Menghantar Khalid Al Walid tentang Pars di Iraq, Usamah bin Zaid ke Ghassan.
  • Melicinkan pentadbiran dengan pembahaian 10 wilayah spt:
    • Makkah
    • Taif
    • Yaman
    • Al Jund
    • Khalwan
    • Bahrin
    • Jarsh
    • Zabid
    • Hadrahmaut, dan
    • Nijran
  • Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
  • Perkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan Mawali – orang bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai tambahan.
  • Mengumpulkan kitab al Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul:
    • Ramai hafiz al quran gurgur shahid semasa gerakan ar riddah.
      • Sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk:
      • batu
      • kulit binatang
      • kayu dan tulang
    • Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah ( Isteri Nabi saw.) dan Uthman bin Affan

 
 

Umar Bin Al-Khattab

  • Berasal daripada Bani Adi , Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al Khattab bin Naufal – Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang.Dikenali dengan Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
  • Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para sahabat.
  • Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab:
    • Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan.
  • Bidang politik:
    • Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
    • Tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar
    • Bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah
    • Melantik wali atau gabenor sebagai ketua – bertindak sebagai ketua pentadbir dan tentera.
    • Tubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian, dan Perbendaharaan. Negara. Diketuai Khatib atau setiausaha.
    • Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bulanan – 500 dirham.
  • Bidang Sosial
    • Pendidikan – sediakan guru dan tempat belajar serta kembangkan pembelajaran al quran.
      • Sebagai contoh ; Abu Sufyan dihantar ke kawasan orang badwi

    • Perkenalkan kalendar Islam dan Tahun Hijrah.
    • Susun semula sistem ketenteraan bentuk tentera tetap dan sukarela.
    • Markas tentera dibina dibandar utama.
    • Kubu Pertahanan di sempadan yang menghadap musuh seperti Di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
  • Bidang Ekonomi.
    • Bina terusan dan tali air – tambah hasil pertanian seperti empanagan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin – 111km di Mesir.
    • Rakyat digalak teroka tanah baru dan usaha tanah terbiar.
    • Perkenal pelbagai cukai spt:
      • Kharaj – berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
      • Jizyah – dikenakan terhadap golongan zimmni – orang bukan Islam yang duduk dalam wilayah Islam dan kekal dengan tradisinya. Mereka bebas daripada perkhidmatan tentera dan pembayaran zakat.
    • Baitul diperkenalkan bagi kawal aliran zakat

 
 

Khalifah Uthman Bin Affan

Latar belakang

  • Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abil As bin Umaiyah. Lahir pada 576M.
  • Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati,
  • Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi saw.
  • Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan :
  • Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga.

 
 

Sumbangan :

  • Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand, Cyprus,dan Tripoli.
  • Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam .
  • Menjadi satu nashkah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah.
  • Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat.
  • Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negaa dan perkuat tentera islam spt pembelian senjata dan kapal.
  • Jizyah dikekalkan.

 
 

Khalifah Ali Abu Talib

Latar Belakang.

  • Lahir 602 M. Bani Hasyim.
  • Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya.. Tegas serta berpengetahuan luas dalam Islam.
  • Pelantikan mendapat sokongan terbanyak.
  • Kepakaran dalam perundangan Islam.

 
 

Sumbangan:

  • Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Cth dalam Perang Siffin . Sanggup berdamai dan berunding.
  • Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria.
  • Ekonomi :Kutipan Jizyah diteruskan. Spt dalam surat kepada al-Asytar.

 
 

Kesimpulan:

  • Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan :Kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
  • Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang kuat.
  • Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
  • Berjuang mengekalkan pembangunan,kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata.
  • Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
  • Pada akhir pemerintahan Khulafa ArRasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki.

 
 

  • Sebelumnya sistem syura. Sistem syura bermaksud pelantikan dibuat secara musyawarah dan dipersetujui sama ada sebulat suara ataupun secara demokrasi. Pandangan para sahabat dan umat Islam dilakukan bagi mendapatkan pengganti yang baik.

 
 

Kerajaan Bani Umaiyah.

 
 

  • Sempena mengambil nama Umaiyah bin Abdul Shams bin Abd Manaf. Tokoh peniaga terkenal dan dipadang tinggi pada waktu itu.
  • Diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Suffian.- berikutan penyerahan oleh Hassan Bin Ali.
  • Penyerahan dilakukan bagi mengelakkan umat Islam berpecah belah.
  • Bermula dari 661M hingga 750M berpusat di Damsyik. Merupakan tahap pertama dan masih guna gelaran Khalifah.
  • Tahap kedua di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al- Dakhil atau Abd Rahman 1 di Cordova dengan Andalusia sebagai ibu kota.
  • Bermula dari 756M hingga 1031M. Gelaran ketua negara ialah Amir.

 
 

Sumbangan:

Politik:

  • 4 aspek utama:
    • Sistem Khalifah – pelantikan khalifah menggantikan Nabi saw.
    • Sisten wazarah – pelantikan wazir – mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat, dan gabenor dilantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah.
    • Sistem urus setia – beberapa pegawai dilantik bagi mengumpul rekod, mengurus surat, Bahagian yang diwujudkan – Surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis, dan kehakiman.
    • Sistem hijabah – Seorang pegawai ditugas untuk menjaga keselamatan khalifah.
  • Satu sistem politik sistematik dan jelas.
  • 4 sistem diatas diperkukuhkan dengan penubuhan:
  • Jabatan cukai, Jabatan Surat menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Cap Mohor Pemerintaha( diasaskan oleh Muawiyah)
  • Tahap pertama sistem ketenteraan di perkemaskan – Jabatan Ketenteraan, diikuti dengan penubuhan tentera darat dan laut.

     
     

    Sosial:

  • Kota Basrah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuan spt:
    • Khalili bin Ahmad – pakar bahasa dab filologi arab.
    • Sibawayhi – ahli nahu arab
    • Al- Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri – sasterawan.
    • Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara. Orang bukan Arab juga mendapat faedah dengan adanya tanda bunyi atau baris dalam al Quran.
  • Perkembangan ilmu agama terutama dalam era Umar Abdul Aziz. Lahir tokoh spt:
    • Urwah bin al-Zubayr – Hadis
    • Zihat al Zuhri – Hadis
    • Ibn Jarih – tafsir
    • Hasan al Basri – Usuluddin
    • Wasil bin Ata - Usuluddin
  • Taraf Kesihatan meningkat – pembinaan hospital di Damsyik oleh al-Walid bin Abdul Malik. Hospital Kusta oleh Umar Abdul Aziz.
    • Buku diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
    • Ibn al Nafis – pakar bedah menghasilkan al Shamsil fis Sinaah al-Tabibiyah ( Kajian Umum Profesion Kedoktoran) – bincang eknik pembedahan dan rawatan selepas bedah.
    • Ilmu dalam bidang kimia dan astronomi turut berkembang.
  • Sistem perundangan.
    • Hakim mengenakan hukum berdasarkan itjihad berpandukan quran, hadis dan ijmak.
    • Hakim tidak boleh mempengaruhi.

     
     

     
     

    Sumbangan Bani Umaiyah Tahap Kedua – Andalusia.

  • Pendidikan:
    • Pusat Pengajian Tinggi di Cardova. Diasaskan Abd Rahman III. Menjadi pusat ilmu pengetahuan di eropah.
    • Perpustakaan dibina – al-Hakam II.
    • 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.
    • Pusat ilmu – Seville, Toledo, dan Granada.
  • Pusat terjemahan
    • Terjemah karya yunani ke Arab di Toledo
    • Cardova pusat kegemilangan ilmu – jambatan dunia Islam dan Eropah
    • Ilmu Islam faedah kepada Eropah
  • Seni Bina
    • Masjid Cardova 36 meter, kubah berasaskan kayu berukir, tiang marmar 1293, 4700 lampu guna 11 tan minyak setahun.
  • Baitulmal
    • Sistem kewangan – imbang pendapatan dan perbelanjaan.
    • Sumber pendapatan berdasarkan Kharaj –cukai tanah, Jizyah – cukai perlindungan, zakat, Usyur – cukai satu persepuluh daripada hasil pertanian, Ghaninah – rampasan perang.
    • Caodova pusat ekonomi dan perdagagan antara bangsa
    • Andalusia buat tembikar/perhiasan perak dan emas, memproses kulit, senjata.
    • Sektor pertanian – sistem saliran ,penyelidikan untuk dapat benih terbaik.

     
     

    Kesan:

  • Tunjuk kebijaksanaan pemerintah merancang dan melaksana pembaharuan.
  • Selaraskan pentadbiran kerajaan.
  • Pembangunan dan perkembangan tamadun perlu menyeluruh , merangkumi politik, ekonomi dan sosial.

     
     

    Sebab Keruntuhan Umaiyah dan Kemunculan Abbasiyah.

  • Penentangan luar dan dalam negara kerana:
    • Orang Islam bukan Arab spt Parsi dan barbar merasakan mereka tidak diberi jawatan dan didiskriminasikan.
    • Kena kadar cukai yang tinggi daripada orang Arab Islam.
  • Abai tanggungjawab terhadap rakyat dan agama Islam.
  • Pemilihan Khalifah secara warisan ditentang sebilangan besar orang Islam spt Siah dan Khawarij.

     
     

    Kerajaan Abbasiyah

    Pembentukan Kerajaan

  • Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
  • Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
  • Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
  • Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
  • Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
  • Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.
  • Amal sistem monarki warisan.
  • Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
  • Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam

     
     

    Sumbangan Abbasiyah

  • Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
  • Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
  • Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.
  • Kegiatan utama:
    • Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:
      • Catat segala idea atau percakapan
      • Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
      • Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
    • Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
    • Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
  • Kelebihan terjemahan:
    • Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
    • Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
    • Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.
  • Kesan perkembangan ilmu:
    • Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
    • Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
    • Ketrbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
    • Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
    • Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

     
     

    Kerajaan Turki Uthmaniyah.

    Latar Belakang:

    Terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah.

     
     

    Pembentukan Kerajaan.

  • Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah – suku Qayi – Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.
  • Bersempada dengan Byzantine@Rom Timur.
  • 1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi@pahlawan bersatu dibawah Uthman.
  • Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1.
  • 1336-1354 Orhan 1 menguasai Marwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph. Murad 1 dan Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.
  • Mehmed 11 menawan Istanbul ( Constantinople) ibu negeri Roma Timur.
  • Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453 – 1566 sehingga kematian Suleiman 1.

     
     

    Faktor Kemerosotan Uthmaniyah.

  • Pemimpin yang lemah
  • Keruntuhan sistem pungutan cukai
  • Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal.

     
     

    Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah.

  • Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.
  • Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.
    • Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman
  • Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.
    • Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang.
  • Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan.
    • Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.
    • Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.
  • Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam . Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.
  • Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya, penerbitan, penterjemahan.
    • Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah pengetahuan akedemik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.
    • Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis:
      • Mehmed al-Fanari
      • Mofla Lufti
      • Katib Clebi
    • Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hospital dan rumah.
  • Seni Bina – Minar Sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad ( Masjid Biru).

     
     

    Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah

     
     

  • Semangat Ketenteraan – Ghazi.
    • Tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama.
  • Penaklukan kawasan Sicily, Selatan Sepanyol, - Zaman Umaiyah. Zaman Uthmaniyah takluk Constantinople ( Kejatuhan Kerajaan Byzantine)– sebarkan ke kawasan Balkan dan Eropah Timur.
  • Pegangan Aqidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.
  • Sistem ketenteraan tersusun serta penggunaan peralatan moden
    • – meriam besar
    • tentera berkuda / infantri
    • kumpulan janisari – elit dan terlatih 5400 orang.
    • Tentera laut – 300 buah kapal – kawal laut Mediteranean.
  • Keadaan politik Eropah yang tidak stabil.
    • Pertelingkahan dan peperangan, kerajaan kecil bantu kerajaan Islam
    • Tentera Islamke Eropah atas jemputan Maharaja John VI Cantacuzens.untuk dapatkan bantuan Uthmaniah ( Orhan ) bagi dapatkan Kerajaan Byzantine.
  • Kelemahan dan Kejatuhan Kerajaan Byzantine.
  • Kejatuhan institusi gereja, pergaduhan pemimpin dan kekurangan wang.
  • Aspek politik dan keagamaan.
    • Dasar diplomasi, tiada paksaanuntuk pelukIslam.
    • Penganut Kristian bebas amal agama , urus sendri gereja, Islam tidak campur tangan.
  • Tertarik dengan dasar sosial Islam.
    • Berasaskan kecemerlangan individu, bukannya keturunan.
    • Membina sekolah, rumah sakit, dan kawasan perdagangan.
  • Penghijrahan orang Turki ke Balkan dan usaha dakwah.
    • Terutama ke Thrace, Lembah Maritsa, Utara Bulgaria, Albania pd abad 14 dan 15M
    • Bina petempatan yang didiami mubaligh dan ahli sufi – menekankan tolenransi dan assimilasi, Kesannya:
      • Islam tersebar ke Utara Albania, Montenegero, dan Selatan / Barat Macedonia serta Crete.

     
     

    Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain

     
     

    Cara pertembungan:

  • Perdagangan dan perniagaan
    • Zaman Nabi pertembungan dengan Syam
    • Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
    • Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .
  • Hubungan diplomatik
    • Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.
    • Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
  • Penaklukan dan ketenteraan
    • Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.
    • Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.
  • Kebudayaan
    • Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.
    • Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.
  • Intelektual
    • Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.
    • Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.

     
     

    Kesan Pertembungan

  • Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.
    • Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.
  • Perluasan kawasan penyebaran Islam
    • Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spt
      • Kerajaan Delhi Mughal
      • Cina wujud masyarakat islam
      • Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.
    • Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara
      • Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi.
    • Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.
    • Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat.
  • Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial
    • Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.
    • Kebudayaan dan Intelektual
      • Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik, Sains dan Teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar - Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.
      • Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.
        • Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan. – dilakukan sehingga zaman Renaissance
        • Peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian.
  • Pertukaran pendapat antara cendikiawan.
    • Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.
    • Diterjemahkan daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
    • Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
    • Wujudkan budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi.
    • Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan ialah:-
      • Abu al-Aswad al- Duali 7M
      • Hunayn bin Ishaq 873M – terjemah karya Greek
      • Al-Fazari – terjemahan hasil karya Tamadun India.
  • Perkembangan penterjemahan dan intelektual.
    • Zaman kemuncak antara 8M- 1258M , mula runtuh Kerajaan Abbasiyah.
    • Lahirkan cendikiawan Islam spt:-
      • Zakaria al-Razi ( 865 -925M) – Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen-ahli perubatan Greek
      • Al-Zahrawi ( 936-1013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi
      • Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi.
      • Al-Battani – Matematik dan Astronomi
      • Abu Ishaq - Matematik dan Astronomi
      • Al-Biruqi – Matematik dan Astronomi
      • Al-Bitruni - Matematik dan Astronomi
      • Al-Farabi – Pemikiran politik dan Undang-undang
      • Al-Miskawayh – Pemikiran politik dan Undang-undang
      • Al-Mawardi - Pemikiran politik dan Undang-undang
      • Ibn-Sina – Ilmu Mantik dan falsafah
      • AL-Kindi – Ilmu Mantik dan falsafah
      • Fakhr al-Din – Ilmu Mantik dan falsafah
      • Al-Razi – Ilmu Mantik dan falsafah
      • Ibn al-Arabi – Ilmu Mantik dan falsafah
      • Ibn Rushd – Ilmu Mantik dan falsafah
      • Imam Ghazali - Ilmu Mantik dan falsafah